Saturday, November 9, 2013

Tawaran Hebat!

Kami menawarkan perkhidmatan Homestay di Yong Peng, Johor sempena cuti sekolah yang akan datang. Tawaran pembukaan adalah pada penyewa yang bertuah, potongan harga akan diberikan!!

Lokasi:
Homestay Rumah Ayah ini terletak di Taman JPN, Yong Peng, di mana ianya terletak betul-betul di tengah bandar kecil Yong Peng. Hanya 5 minit berjalan kaki dari Econsave, KFC, segala bank-bank utama Malaysia, Guardian dan Watsons Pharmacy, serta 10 minit dari Masjid Yong Peng. Yong Peng hanya 25 minit ke UTHM, 15 minit ke Pekan Air Hitam, dan juga 30 minit ke bandar Batu Pahat. Tentunya anda juga tiada masalah untuk mencari gerai-gerai untuk mengisi perut anda yang lapar!
 
Kemudahan:
Rumah ini asalnya dibeli untuk disewakan, akan tetapi menyedari hakikat bahawa di kawasan ini agar sukar untuk mendapatkan lodging yang sesuai utk Muslim, kami menukar hasrat kami dan mengubahsuainya untuk dijadikan homestay. Ini adalah tanggungjawab fardhu kifayah kami juga. Jadi, this accommodation is strictly for Muslims occupants ya.
 
Di rumah ini terdapat 3 bilik:
Bilik 1 - memuatkan 1 queen size bed.
Bilik 2 - memuatkan 1 queen size bed
Bilik 3 - memuatkan hanya 1 single size bed.
 
Terdapat 1 bilik mandi, 1 tandas (berasingan), dan kami menyediakan peti sejuk, iron/ironing board, periuk nasi etc...
 
Anda juga bole memasak sekiranya anda mahu (tapi gerai kan banyak?, heheheheh).
 
Oh ya, parking juga amat luas di mana anda bole memuatkan sehingga 5 kereta di dalam kawasan berpagar.


Harga untuk 1 malam [check in pkl 1, check out pkl 12 tgh keesokan harinya] ialah RM200 sahaja untuk keseluruhan rumah! Murahkan?

Hubungi saya di 0197630740 atau 0127006005 untuk sebarang tempahan. SMS dahulu sebelum call sebab biasanya saya akan mendahulukan pekerjaan utama saya.

Jom survey-survey dahulu?! :

Ruang Tamu
 



Bilik Tamu 1




Dapur


 
 
 
Bilik 2
 
 
 
Bilik 3


Ruang Parking

(Edible garden masih dalam pembikinan. Akan ditanam dengan daun kesum, ulam-ulaman, pokok cili etc... Cuma padi je lah kami tak dapat tanam.) :)